Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum kepada pihak panel mufti. Saya doakan semuanya berada dalam keadaan sihat hendak-Nya. Saya ada pertanyaan dan beberapa kemusykilan.
1. Ada satu hari saya mengalami angin yang sangat banyak dan asyik kentut. Saya risau terdapat najis yang terkeluar bersama angin tersebut. Akan tetapi ketika mandi, saya ada check pantyliner dan seluar dalam, dan tiada kesan najis langsung. Akibat sifat was-was saya, saya ambil tisu dan lap kawasan dubur. Tiada kesan yang dapat dilihat. Tapi saya tekan pulak bahagian lubang dubur dan terdapat sangat kecil kesan najis. Jadi apakah hukum pakaian saya, seluar dan seluar dalam, adakah dikira najis? Adakah tempat saya duduki dengan pakaian tersebut menjadi bernajis? Ataupun najis terkeluar sebab saya tekan? Ke memang ada tapinsaya tak perasan?
2. Saya ada tabiat untuk tutup jamban sebelum flush. Akan tetapi, saya berkongsi toilet dengan orang lain di rumah sewa. Saya ada terbaca berkaitan toilet plume dimana ada risiko najis untuk terpercik ke udara sejauh 2 meter. Jadinya saya tak pasti sama ada mereka tutup ke tidak lid semasa flush. Sekiranya ada najis yang terpercik ke tempat sangkut tuala di tandas, adakah tuala saya dikira bernajis? Saya tidak tahu tapi hati saya rasa tidak tenang sekiranya tidqk tahu jawapannya. Apakah hukum dari segi Islam? Tuala saya bernajis ke?
Terima kasih. Assalamualaikum.
Jawapan
Merujuk kepada soalan yang diajukan,
1) Di dalam hal ini cukup mengambil hukum zahir berdasarkan apa yang berlaku. Jika tiada bau, warna, dan rasa bagi najis seperti ain najasah (fizikal najis) dan basahan, maka tidak perlu dicuci atau pun dibersihkan. Kaedah mengatakan:
Maksudnya: Kita menentukan hukum berdasarkan perkara-perkara yang nyata zahir sedangkan Allahlah yang menguasai perkara-perkara yang rahsia.
Justeru, pakaian puan masih lagi dikira suci dan tidak perlu dibersihkan kerana tiada najis pada pakaian puan. Selain itu, jika sekadar andaian atau sangkaan, maka ia kembali kepada kaedah fiqh menyatakan:
Maksudnya: Keyakinan tidak akan dapat menghapuskan keraguan.
2) Dalam situasi ini pula, tidak dihukumkan sebagai najis melainkan puan menyakini dengan mata kasar bahawa terdapat najis pada tuala tersebut. Hal dikuatkan dengan kaedah Fiqh yang berbunyi:
Maksudnya: Pada asasnya, (hukum) sesuatu itu kekal mengikut keadaan (hukum) asalnya.
Justeru, hukum asal sesuatu itu adalah suci, maka ia akan terus kekal suci kecuali terdapat najis dilihat secara mata kasar padanya. Justeru, puan tidak perlu risau akan najis yang hinggap pada tuala tersebut dan tidak perlu disucikan.
Sekian, terima kasih.