Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum,
Kawan saya dia ada masalah kitaran haid. Dia dah datang haid pada 10 Jun sehingga 24 Jun 2026 (15 hari), kalau ikutkan tarikh suci 25 Jun sehingga 9 Julai 2026 (15 hari). Tapi pada 6 Julai 2026 dah keluar darah macam warna darah haid, saya nasihatkan dia untuk solat sebab ikut perkiraan saya dia dikira istihadhah. Tapi saya nak tahu jugak, takut salah hukum.
Jawapan
Berdasarkan maklumat yang diberikan, ringkasan kepada soalan yang diajukan:
10 Jun 2026 hingga 24 Jun 2026: darah keluar (14 hari).
25 Jun 2026 hingga 5 Julai 2026: tiada darah (11 hari).
6 Julai 2026: darah keluar.
Memandangkan darah yang keluar pada 6 Julai itu di dalam tempoh minimum suci 15 hari, maka darah yang keluar itu adalah darah istihadhah.
Sekian, terima kasih.