Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
assalamulaikum,tuan.
kini di beritakan kerajaan Afghanistan mensyaratkan setiap penjawat awam yang boleh menunaikam solat perlu solat berjemaah.Jika tidak, potongan gaji akan di kuatkuasakan.
persoalan
1.Dalam pandangan ulama sunni dan ajaran Islam yang benar adakah boleh sedemikian?
2.Jika di terapkan di Malaysia, adakah relevan di laksanakan dan hukum dalam Islam.Walaupun galakan solat berjemaah.pahalanya jauh lebih besar.
sekian,terima kasih.
Jawapan
Solat berjemaah adalah salah satu syiar Islam yang sangat ditekankan. Para ulama mempunyai pandangan yang berbeza mengenai hukum solat berjemaah, sama ada ia fardu ain (wajib ke atas setiap individu), fardu kifayah (kewajipan kolektif), atau sunnah muakkadah (sunnah yang sangat dituntut).
Merujuk kepada soalan yang diajukan,
1) Dalam Islam, wajib untuk patuh kepada pemerintah (Ulil Amri) selagimana perintah tersebut tidak menyuruh kepada perkara yang maksiat. Ketaatan ini bertujuan menjaga keamanan dan ketenteraman awam. Firman Allah SWT dalam surah Al-Nisa’ ayat 59 :
يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ أَطِيعُوا۟ ٱللَّهَ وَأَطِيعُوا۟ ٱلرَّسُولَ وَأُو۟لِى ٱلْأَمْرِ مِنكُمْ ۖ
yang bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul serta ulil amri (pemimpin) di antara kamu...”
Justeru, ia terkait dengan pemerintah pada sesuatu tempat tersebut perlu diikut sekiranya tidak membawa kepada kezaliman dan kemaksiatan dalam agama Islam. Maka, suruhan solat berjemaah adalah perkara yang makruf di sisi syarak dan diharuskan.
2) Hal ini dikembalikan semula kepada pemerintah sesebuah negara tersebut kerana kerajaan bagi sesebuah negara ada kuasa untuk melaksanakan sebarang undang-undang yang meraikan kemaslahatan umat selagi ia tidak membawa kepada kemaksiatan. Antara kaedah fiqh yang masyhur yang menyokong dalam masalah ini adalah:
Sekian, terima kasih.