BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

السَّلاَمُ عَلَيْكُم

Sy ad sedikit soalan berkenaan keadaan musolla di apartment sy skrg ni.
Apakah hukum imam tidak wirid/ zikir / berdoa bersama makmum slepas solat, sedangkn musolla disini sudah terbiasa utk menunggu utk wirid/ zikir/ berdoa bersama imam?
Adakah makmum patut mnegur imam?
Ataupun makmum perlu hormat pegangan imam tersebut yg tidak mlakukan wirid/ zikir/ berdoa setelah solat?

Atau imam perlu meraikan keadaan makmum setempat?

Mohon pencerahan dari yg lebih tahu.
Terima kasih.. Assalamualaikum w.b.t


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, di dalam situasi dialami ini tuan perlulah mengetahui terlebih dahulu hukum berzikir/berwirid setelah solat adalah sunat sahaja. Justeru, sekiranya imam tidak berwirid setelah solat maka tidak salah perbuatan tersebut. Akan tetapi, sebaiknya tuan boleh berbincang dan menegur dengan cara yang baik dengan imam tersebut mengenai amalan berwirid/berzikir setelah solat merupakan amalan kebiasaan di tempat tuan. Secara umumnya, dalam perkara sunat imam tidak wajib mengikut makmum setempat seperti amalan berwirid setelah solat. Namun begitu, alangkah baiknya jika imam dan makmum dapat duduk sejenak berzikir dan berdoa sebelum menunaikan solat sunat Ba’diah sepertimana yang dilakukan oleh Rasulullah saw. Justeru, semuanya adalah atas perbincangan imam dan makmum setempat atas masalah ini. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 17

message user image