BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum, saya pernah terpijak tahi dengan selipar 10 tahun yang dahulu, saya tidak pasti sama ada najis anjing atau tidak dan saya tidak men sertu kaki dan selipar saya, persoalannya ialah adakah ibadah saya diterima sepanjang ini sekiranya najis yang dipijak itu adalah najis anjing?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudara, sekiranya najis anjing sekalipun yang terkena itu adalah selipar dan bukannya tapak kaki atau anggota badan, maka semua ibadah adalah sah jika cukup syarat dan rukun ibadah yang dilakukan.. والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 159

message user image