Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum Tuan.
Adakah terputus turutan puasa kaffarah 2 bulan berturut-turut jika dilakukan sebelum hari raya? Bolehkah menundanya setelah hari raya?
Sekian terima kasih.
Jawapan
Merujuk kepada soalan yang diajukan, jawapannya terputus turutan puasa kaffarah dua bulan berturut-turut jika dilakukan sebelum hari raya kerana hari raya adalah hari yang diharamkan berpuasa. Oleh itu, jika seseorang sedang berpuasa kaffarah dua bulan berturut-turut dan hari raya atau hari Tasyrik tiba, puasa tersebut akan terputus.
Sekian, terima kasih.