BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Kepada yang berkenaan, saya ada satu pertanyaan. apa hukum membaca quran sehingga menggangu orang lain? contoh menggangu orang belajar atau sedang tidur.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudara, membaca al-Quran adalah amalan yang dianjurkan dalam Islam (sunat). Namun, jika amalan ini dilakukan sehingga mengganggu ketenteraman orang lain, seperti orang yang sedang belajar atau sedang tidur, maka ia ditegah. Hadith yang diriwayatkan daripada Abi Said katanya, Rasulullah SAW memerhatikan orang-orang yang beriktikaf di masjid dan Baginda mendengar mereka menguatkan suara mereka sewaktu membaca al-Quran. Baginda menyelak kain langsir dan berkata : ألا إن كلكم مناج ربه فلا يؤذين بعضكم بعضا ولا يرفع بعضكم على بعض في القراءةأو قال في الصلاة Maksudnya : “Setiap daripada kamu sedang bermunajat dengan Tuhannya. Janganlah sebahagian daripada kamu mengganggu yang lainnya. Janganlah kamu menguatkan suara kamu melebihi yang lainnya sewaktu membaca al-Quran atau ketika kamu sedang solat” (Riwayat Abu Daud) والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 141

message user image