BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

1. saya ada gigi sensitif, setiap kali gosok gigi mesti berdarah, saya kumur berkali2 tapi rasa ubat gigi masih ada walaupun air kumuran sudah jernih (tiada ubat gigi). perlukah saya kumur lagi atau sudah pun suci

 

2. air liur saya kerap rasa "lain", tak masam tak manis tak pahit juga tapi ada rasa lain. Kadang2 rasa darah dan ini jarang berlaku kerana rasa besi dari darah amat ketara. Kadang2 saya periksa dengan meludah air liur ketika rasanya lain kerana khawatir bernajis, tapi air liur jernih. Ada juga saya terbaca rasa itu mungkin sebab bakteria atau dehidrasi. Soalan saya jika saya was was sama ada mulut atau air liur saya bernajis, adakah perlu saya kumur atau saya abaikan perasaan itu? 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Agama Islam itu sifatnya memudahkan, bukannya membebankan sehingga menimbulkan rasa was-was. Oleh itu merujuk kepada persoalan yang diajukan:

1. Air kumuran dihukumkan suci apabila darah sebagai ain najis telah hilang. Oleh itu, apabila darah tersebut sudah tidak lagi kelihatan atau dikesan ketika berkumur, hendaklah diyakini bahawa mulut telah kembali suci. Sekiranya anda telah berkumur sekali atau dua kali sehingga kesan darah hilang dari segi warna, rasa dan bau, maka mulut serta air kumuran tersebut dihukumkan suci. Jangan biarkan perasaan waswas atau gangguan syaitan menyebabkan anda menyangka bahawa proses penyucian itu sukar, sedangkan Islam adalah agama yang memudahkan dan tidak membebankan.

2. Rasa air liur yang "lain" tidak semestinya menunjukkan terdapat darah. Rasa tersebut boleh berpunca daripada pelbagai faktor seperti perubahan bakteria dalam mulut, dehidrasi, sisa makanan, ubat-ubatan atau sebab-sebab lain. Selagi tidak terdapat bukti yang jelas seperti air liur benar-benar bercampur darah atau saudara melihat darah keluar daripada gusi atau bahagian mulut, maka air liur tersebut kekal dihukumkan sebagai suci. Oleh itu, rasa waswas semata-mata hendaklah diabaikan dan tidak perlu dilayan.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 11

message user image