Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum W.B.T., Ustaz. Saya seorang perempuan berusia 25 tahun. Alhamdulillah saya baru sahaja pulang dari mengerjakan haji pada tahun ini. Soalan saya adalah berkaitan dengan ilmu yang diajar oleh para ustaz/ustazah petugas Tabung Haji semasa di sana dan juga pengamalannya di Malaysia.
Pertama sekali, saya sering menghadapi masalah keputihan semenjak sekolah. Keputihan saya sentiasa keluar setiap 10-30 minit walaupun selepas beristinjak. Saya barung sahaja, duduk ataupun berjalan tetap akan keluar. Saya telah berjumpa doktor am dan doktor pakar, masing-masing mengatakan itu adalah normal, tidak berpenyakit dan fisiologi saya adalah memang sebegitu, sentiasa keluar keputihan.
Semasa haji, empat orang ustazah ajar saya untuk melakukan kaedah berikut. Saya mohon maaf untuk penjelasan yang terperinci.
1) Beristinjak dan mengeringkan kawasan faraj
2) Meletakkan kapas di permukaan faraj untuk menghalang pengeluaran keputihan.
3) Memakai panty liner pada seluar dalam
4) Memakan seluar dalam yang ketat supaya tiada ruang yang membolehkan cecair mengalir.
Ustazah-ustazah mengatakan wuduk saya sah seberapa banyak solat fardu yang saya laksanakan sekalipun asalkan saya tidak terkentut, terkencing atau terberak. Jadi, di sana saya mengikut kata ustazah dan menjaga wuduk.
Sebelum pulang ke Malaysia, saya telah bertanyakan tiga ustazah juga sama ada saya boleh mengamalkan amalan tersebut di Malaysia (sempal kapas dan wuduk masih sah sehingga keluar sesuatu selain keputihan dari qubul dan dubur). Ustazah-ustazah kata boleh, tapi lebih baik sekiranya saya bersihkan untuk menghadap tuhan. Ada seorang ustazah mengatakan dia mengamalkan ajaran tersebut kerana beliau juga mengalami masalah keputihan. Selama ini, saya sentiasa membersihkan keputihan saya walaupun sukar, namun sekiranya terdapat kemudahan buat saya, saya begitu mensyukurinya. Ini kerana saya seringkali berasa agak rendah diri dan putus asa kerana tidak seperti rakan-rakan lain yang boleh terus solat tanpa ke tandas.
Untuk ketenangan hati saya yang sering waswas, saya ingin bertanyakan ustaz sama ada benarkah saya boleh menggunakan kaedah tersebut di Malaysia dalam aktiviti seharian saya contohnya musafir, ke kelas, aktiviti universiti dan sebagainya. Saya ada terdengar juga bahawa wuduk hanya sah untuk satu waktu solat fardhu sahaja bagi individu daimul hadas, ini menimbulkan kemusykilan dan persoalan buat saya. Mohon pencerahan, ustaz. Terima kasih.
Jawapan
Daimul hadath merujuk kepada seseorang yang mengalami hadas secara berterusan atau berulang-ulang tanpa dapat dikawal sehingga tidak terdapat tempoh yang mencukupi untuk dia bersuci dan menunaikan solat dalam keadaan suci. Antara contohnya ialah individu yang mengalami salis al-bawl (kencing tidak lawas), istihadhah atau keadaan lain yang menyebabkan hadas keluar secara berterusan. Seseorang hanya dikategorikan sebagai daimul hadath apabila dia benar-benar yakin bahawa hadas tersebut sentiasa atau kerap berlaku sehingga sepanjang tempoh solat tidak terdapat masa yang mencukupi untuk berwuduk dan menunaikan solat tanpa hadas berulang. Penentuan ini hendaklah berdasarkan keyakinan terhadap kejadian yang benar-benar berlaku, bukan semata-mata sangkaan atau perasaan.
Keputihan yang keluar dari faraj wanita adalah najis dan ia membatalkan wuduk. Wanita yang mengalami masalah keluar keputihan berterusan hukumnya seperti wanita istihadah yang sentiasa dalam keadaan berhadas atau disebut sebagai daim al-hadath. Kaedah serta hukum wuduk bagi wanita yang menghadapi masalah ini adalah seperi berikut:
Merujuk kepada soalan yang diajukan, saudari hendaklah melaksanakan perkara-perkara yang dinyatakan di atas sebelum menunaikan solat sekiranya mengalami keputihan yang berterusan. Keringanan yang diberikan semasa menunaikan ibadah haji tidak boleh dijadikan amalan dalam keadaan biasa di Malaysia.
Sekian, terima kasih.