Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Hukum mandi gunakan sabun & shampoo yg wangi ketika ihram
Jawapan
Merujuk kepada persoalan saudara, kebiasaannya sabun dan shampoo yang berada di pasaran memang telah berbau wangi, oleh itu jika niat penggunaan sabun dan shampoo untuk tujuan membersihkan diri dan bukan untuk berwangi-wangian maka dibolehkan. Namun demikian jika dapat dielakkan adalah lebih afdal. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.