BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, pada cuti saya pergi Cameron Highland bersama family dan kami pergi satu tempat teh (Boh), dekat situ ade banyak anjing. Ketika itu saya nak masuk kereta dan baru habis hujan jadi tempatnya basah, lantai adalah concrete/pasir macam tu tapi ade tanah dekat tepi. Ade anjing lalu sebelah kereta saya and dia tidak tinggalkam kesan tapak kaki basah tapi saya tahu dia lalu atas pasir yang basah. Kemudian, nak masuk kereta saya pijak atas tempat yang dia lalu tu, saya tak sure time tu kena sertu ke tak sebab takde kesan tapak kaki cuma saya yakin dia lalu situ. Kemudian, nak masuk kereta tu, tapak kasut saya basah dan adakah ia me ngadungi najis mughallazah? Adakah saya perlu sertu kasut tersebut serta mana2 tempat kasut saya sentuh? (Lantai kereta) saya pernah baca kalau setakat kita pijak bekas anjing yang basah tanpa air liur, tahi atau air kencing, tidak perlu sertu. Betul ke?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Was-was termasuk dalam salah satu sifat negatif yang menjadi beban psikologi, tidak mudah untuk dihilangkan begitu saja serta memerlukan masa untuk menghilangkannya. Akibat daripada was-was, seseorang itu merasakan ibadahnya tidak sah dan akan mengulangi perbuatan ibadahnya. Perkara ini boleh memberikan kesusahan melampau kepada dirinya jika tidak dibendung. Terdapat beberapa pendedahan dan pendekatan yang perlu diambil kira bagi menangani was-was terutama sekali apabila berkaitan perkara yang melibatkan ibadah seseorang.

Merujuk persoalan yang diajukan, tidak perlu sertu tapak kasut tersebut dan ia tidak dihukumkan najis semata-mata kerana ada nampak anjing lalu pada tempat yang dipijak. Ini bertepatan dalam kaedah fiqh:-

الْأَصْلُ بَقَاءُ مَا كَانَ عَلَى مَا كَانَ

Maksudnya: Pada asasnya, hukum sesuatu itu kekal mengikut keadaan (hukum) asalnya.

Ini kerana hukum asal sesuatu adalah suci sehingga terdapat keyakinan bahawa najis anjing benar-benar telah berpindah kepadanya. Oleh itu, kesan tapak kaki anjing seperti tanah atau pasir yang tertinggal di atas lantai simen tidak perlu disertu, melainkan jika diyakini terdapat najis anjing pada kesan tersebut. Dalam keadaan ini, memadai sekadar membasuh tapak kasut yang terkena kesan tersebut. Begitu juga kaki atau selipar yang memijak lantai itu tidak perlu disertu kerana tiada keyakinan bahawa terdapat najis anjing pada lantai tersebut.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 14

message user image