BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Bolehkah tanah yang dijual kepada orang  lain di ambil dan di faraid kan.

Tanah tersebut ada penjualan diantara bapa dan juga abg sepupu.

Terdapat perjanjian untuk memasukkan nama abg sepupu tersebut di dalam geran.

Anak arwah engan menyerahkan tanah tersebut dengan alasan tanah tersebut adalah pemberian bapa kepada sepupu.bukannya penjualan.

 

 


message user image

Jawapan  

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Secara asasnya, tanah hanya akan difaraidkan kepada waris jika tanah itu masih menjadi milik si mati pada waktu kematian. Merujuk kepada soalan, jika tanah tersebut telah bertukar milik secara rasmi sama ada melalui jual beli atau hibah secara rasmi (jual atau hibah menurut undang-undang dan syarak), maka tanah tersebut menjadi milik abang sepupu dan tidak lagi menjadi harta pusaka yang perlu difaraidkan. Anak arwah tidak boleh menghalang kerana tanah tersebut milik orang lain dan perbuatan mengambil hak orang lain adalah diharamkan. 

Sebaliknya jika tiada jual beli atau hibah yang sah dan hanya dakwaan pemberian tanpa memenuhi syarat hibah secara rasmi, maka tanah tersebut masih dianggap milik bapa dan wajib difaraidkan kepada waris yang berhak. 

 والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 3

message user image