Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Saya bekerja di Kuala Lumpur dan dan ada kerja yang perlu masuk hutan di negeri yang jarak melebihi 2 marhalah sebagai contoh di Kelantan selama 7 Hari. Sampai disana kami akan bermalam di luar sebelum masuk hutan dan keesokannya akan memulakan pendakian di dalam hutan dan akan bermalam di base camp A dan meneruskan pendakian lagi dan tidak bermalam di base camp yang sama. Jarak antara base camp ke base camp mungkin 10KM keatas. Soalannya adakah dibolehkan kami solat jamak dan qasar walaupun kerja di dalam hutan melebihi 3 hari dan berjalan hanya 10km setiap hari?
Note*
1st day: Base camp A ke Base B (10km) (8jam)
2nd day: Base B ke Base C (8km) (6 jam)
3rd day: C ke D
4th day: D ke E
5th day: E ke F
6th day: F hingga jalan keluar
Jawapan
Merujuk kepada soalan yang diajukan, antara syarat bagi jamak dan qasar adalah;
Justeru, menurut perjalanan yang tuan berikan tuan tidak dibenarkan mengambil rukhsah bagi menjamakkan dan mengqasarkan solat setibanya tuan berada di Kelantan kerana tuan telah berniat untuk menetap di sana melebihi 3 hari (tidak termasuk hari sampai dan pulang). Selain itu, perjalanan dari satu camp base ke satu camp base tidak menepati syarat 2 marhalah (81 km) yang dibenarkan kepada musafir.
Sekian, terima kasih.