Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Apakah hukum saya (perempuan) duduk di rumah kondo sewa yang ada kawan (perempuan) Dan kakak serta adik lekakinya sekali. Saya Dan kawan perempuan dlm bilik asing, kakaknya bilik asing Dan adik lelaki kawan bilik lain tetapi ketiga tiga di dalam rumah yang sama, adakah jatuh haram hukumnya ataupun dibolehkan? Saya tumpang mereka bercuti sekali .
Jawapan
Merujuk kepada persoalan saudari, hukum asal khalwat antara lelaki dan wanita bukan mahram adalah haram berdasarkan hadis daripada Uqbah bin 'Amir bahawa Nabi SAW bersabda:
Para fuqaha juga bersepakat bahawa khalwat dengan wanita atau lelaki bukan mahram adalah haram:
Maksudnya: Para fuqaha telah bersepakat bahawa khalwat dengan wanita bukan mahram adalah haram. (Al-Mausu‘ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah)
Dalam keadaan tinggal di rumah yang sama (musakanah) walaupun setiap orang mempunyai bilik masing-masing, jika terdapat lelaki dan wanita bukan mahram di bawah satu bumbung, keadaan itu boleh membuka ruang kepada khalwat, pergaulan yang tidak terkawal dan fitnah. Kehadiran ahli keluarga lain tidak semestinya menghilangkan unsur tersebut.
Kesimpulannya, jika tiada keperluan yang mendesak, tinggal serumah dengan lelaki bukan mahram wajar dielakkan sebagai langkah menutup pintu-pintu fitnah (sadd al-zarā'iʿ) dan menjaga batas pergaulan yang ditetapkan oleh syarak. Jika perlu menginap, sebaiknya pilih penginapan yang berasingan atau pastikan keadaan benar-benar bebas daripada unsur khalwat dan fitnah.
Sekian, terima kasih.