BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum.saya nk bertanya apakah hukum rumah kampung yang banyak tahi cicak dan tikus. Saya melihat ibu saya mengelap lantai dapor guna kain basah namun pada masa yang sama sy nmpak beberpa tahi cicak pada lantai. Ibu saya mengelap ruang tamu selepas itu. Saya agak tertekan sebab macam sy sorang yang terlbih jaga bab najis. Saya tak pasti sebab semua orang dalam rumah bertindak biasa sahaja just sapu tahi cicak walaupun penyapu atau lantai basah. Yang paling teruk masalah tandas sebab terdapat najis tikus yang bersepah dikawasan mesin basuh kadang sy melihat mereka tak membasuh kaki sebelum keluar tandas  mungkin sebab menurut mereka tiada ain tiada najis tapi saya fikir seluruh rumah dah najis sebab cara basuhan semua ahli keluarga begitu. 

Apakah hukum rumah saya. Apakah tindakan saya perlu buat. macam mna saya nk bezakan itu was was dan itu betul betul najis. Sebab hati saya tak kan tenang dan fikir saya dah berdosa sebab tak tahu tu was was atau bukan. Klau dibiakan saya rasa mcm berdosa. Terima kasih harap tuan dapat jawab soalan dengan jelas supaya saya tenang.

 

 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Kaedah mensucikan najis mutawassitah, seperti tahi, darah, kencing manusia, adalah dengan membersihkan atau membuang ain najis tersebut terlebih dahulu kemudian mengalirkan air mutlak di kawasan yang terkena najis sehingga hilang bau, warna dan rasanya. 

Najis cicak, sama ada kering atau basah, adalah najis. Namun, terdapat kelonggaran dalam mazhab Syafi'i bagi najis yang sedikit dan sukar dielakkan, seperti najis burung atau cicak yang jatuh di tempat yang sukar dibersihkan, ia dimaafkan jika tidak mengubah sifat air atau tempat solat. Sekiranya najis cicak tersebut kering, maka boleh terus buang sahaja najis cicak tersebut sekiranya tidak meninggalkan kesan seperti bau, warna dan rasa.

Merujuk soalan yang diajukan,

Jika kain lap yang dibasahkan telah berubah sifat, iaitu berubah warna, bau atau rasa akibat najis cicak, maka kain tersebut menjadi najis. Dalam keadaan ini, najis telah berpindah ke tempat yang dilap, lalu kawasan tersebut hendaklah disucikan semula dengan air mutlak.

Sekiranya seseorang yakin bahawa dia telah terpijak najis tikus, maka hendaklah dia membasuh dan menyucikan kaki tersebut terlebih dahulu. Namun, jika terpijak najis itu hanyalah andaian semata-mata tanpa sebarang keyakinan atau bukti yang jelas, maka hukum asal kaki tersebut kekal suci.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 13

message user image