Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Saya seorang manusia yg kerap keluar air liur basi ketika tidur. Saya menganggap ianya dari perut kerana ia keluar ketika saya tidak sedar. Ia sering mengalir dibantal.
Persoalannya, adakah saya perlu tukar sarung bantal setiap hari? Sbb setiap hari saya keluar air liur basi..
Selain itu, kalau saya dah tukar dan hari yg sama ia keluar lg.. Kemudian mungkin berpindah baunya kepada rambut. Adakah setiap kali saya nak solat subuh saya perlu mandi terlebih dahulu?
Ini agak menyukarkan kerana waktu subuh yang singkat. Serta setiap hari perlu tukar sarung bantal..
Jawapan
Menjawab soalan yang diajukan, seandainya tidak dapat dipastikan air liur yang keluar itu dari perut, maka ia bukan najis. Ada baiknya menukar sarung bantal setiap hari walaupun bukan najis untuk menjaga kebersihan.
Sekian, terima kasih.