BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum Wbt,

 

Saya mahu menyertai satu pertandingan giveaway buku. Kemudian penulis tersebut mengatakan di kapsyen, "...... 2 lucky winners". 

 

Ada perkataan "lucky" di situ. 

 

Bolehkah saya menyertai pertandingan tersebut?

 

Terima kasih atas pen

cerahan.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيدنا محمد، وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Berkenaan dengan menyertai sesuatu pertandingan yang terdapat hadiah atau ganjaran, ia berkait dengan pengurusan dana kewangan bagi hadiah tersebut. Dalam situasi yang diterangkan, "lucky" atau pemenang bertuah bukanlah indikator utama untuk mengenal sesuatu pertandingan adalah diharuskan atau tidak, akan tetapi perlu dilihat pada aspek gharar iaitu ketidak jelasan pada sesuatu perkara atau produk dan pada aspek maysir iaitu perjudian. Sekiranya terdapat unsur gharar atau maysir dalam pertandingan tersebut, maka haram menyertainya. Contoh unsur gharar atau maysir pada sesuatu pertandingan adalah seperti peserta perlu bayar sejumlah wang untuk menang atau peserta perlu membeli barang-barang tertentu untuk mendapatkan hadiah bertuah.

Sekiranya suatu cabutan bertuah itu tidak melibatkan sebarang pembayaran, atau bayaran yang dibuat adalah untuk membeli barangan tertentu pada harga biasa atau harga pasaran tanpa ada bayaran tambahan bagi melayakkan untuk mendapatkan cabutan bertuah, maka ia diharuskan.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 

                                                                                                                           


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 28

message user image