Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Apakah hukum menziarahi orang bukan Islam yang meninggal dunia yang mana si mati bukannya dari kalangan keluarga terdekat (Contohnya jiran, rakan sekerja)?
Jawapan
Merujuk kepada persoalan tuan, hukumnya harus. Tiada larangan dalam Islam untuk berbuat baik dengan menziarahi kematian rakan/ jiran bukan muslim yang berakhlak baik dan tidak memusuhi Islam. Firman Allah SWT : Maksudnya : “Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil” (al-Mumtahanah : 8) والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.