BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum WBT

 

Terima kasih diucapkan atas maklum balas yang diberikan pada soalan saya bernombor 862/2026 . Berdasarkan semakan lanjut oleh rakan saya, terdapat jawapan daripada Jabatan Mufti WP yang membenarkan penggunaan rambut sintetik, berdasarkan fatwa daripada Mufti Jordan. Dilampirkan pautan jawapan tersebut untuk semakan pihak tuan (pada para Institusi Fatwa):

https://www.muftiwp.gov.my/en/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum-cat/6431-irsyad-hukum-siri-ke-944-hukum-menderma-rambut-untuk-pesakit-kanser?utm_source=chatgpt.com

Sehubungan itu, diharapkan kerjasama pihak Mufti Selangor menghuraikan jawapan yang telah dikemukakan oleh Jabatan Mufti WP dan pihak Mufti Jordan.

Assalamualaikum WBT

Terima kasih

 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

،الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين، أما بعد

Jumhur ulama meletakkan 2 illah atas sebab pengharamannya.

1. Unsur penipuan atau tadlis,

2. Najis.

Pertama, seandainya bahan rambut tersebut dari rambut asli atau bahan yang menyamai rambut, maka ia tidak dibenarkan kerana terdapat unsur penipuan. Sekiranya pandangan umum tahu bahawa apa yang dipakai itu jelas bukan rambut asli maka ia dibenarkan kerana tiada unsur penipuan.

Kedua, bahan yang digunakan hendaklah dari bahan yang suci. Sekiranya dari bahan yang najis, maka ia tidak dibenarkan.

Merujuk kepada persoalan, diharuskan mengambil pandangan fatwa Jordan sekiranya yakin tiadanya unsur penipuan dan sumber bukanlah najis. Walau bagaimanapun, bagi keluar daripada khilaf dan langkah berhati-hati, alternatif lain yang diharuskan ialah rawatan tanam rambut sebagaimana yang telah diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor yang dikeluarkan pada 14 Jun 2011, iaitu:

"Menanam rambut di kepala adalah harus dengan syarat penanaman rambut adalah menggunakan rambut sendiri dengan menggunakan bahan-bahan yang suci dan tiada unsur najis serta tidak mendatangkan sebarang kesan yang boleh memudharatkan.”

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 27

message user image