Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum wbt. Ibu saya telah menopaus. Baru-baru ini, beliau telah menjalni prosedur perubatan Dillation and Curettage, iaitu pengambilan tisu dari rahim untuk tujuan biopsi. Berlaku keluar darah atau spotting daripada prosedur tersebut. Adakah beliau perlu mandi wajib selepas berhenti darah atau spotting tersebut? Perhatian dan maklumbalas Tuan amat saya hargai dan saya dahului dengan ucapan terima kasih.
Jawapan
Menjawab soalan yang diajukan, pada asasnya, menurut pandangan mazhab Syafi’i darah yang keluar bagi wanita yang telah disahkan menopause dihukum sebagai darah haid sekiranya darah itu keluar pada kebiasaan haid dan menepati syarat-syarat berikut iaitu:
Walau bagaimanapun, seandainya diyakini bahawa darah yang keluar adalah daripada kesan pembedahan sebagaimana yang dinyatakan, maka darah yang keluar itu adalah darah istihadhah. Tidak diwajibkan mandi. Memadai dengan membersihkan diri, berwuduk dan solat seperti biasa.
والله أعلم بالصواب
Sekian, terima kasih.