Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum Ustaz.
Saya ada pertanyaan, sebab saya penulis. Saya pernah tulis satu babak dalam cereka, atau cerita fiksyen yang lucah pada waktu dahulu, di mana watak saya menghidupkan suatu alat mainan menggunakan buku ajaib.
Tak lama selepas itu, saya padamkan babak tersebut kerana sedar yang sesungguhnya Allah sahaja mempunyai kuasa tersebut, dan tak boleh tulis makhluk dengan sifat Allah.
Saya faham dan akur yang menulis cerita lucah ialah haram, dan memang patut bertaubat daripada perbuatan tersebut. Tetapi saya takut, yang saya telah lakukan dosa syirik apabila menulis babak tersebut. Saya telah lakukan syirik/kufur ke dengan menulis babak tersebut, walaupun ia fiksyen?
Dan jika ia benar syirik, adakah taubat saya akan terjejas jika saya terus menulis cerita lucah tersebut.
Boleh berikan penerangan, Ustaz. Minta maaf kalau soalan ganjil sikit, dan terima kasih.
Jawapan
Merujuk kepada soalan yang diajukan, menulis watak fiksyen yang mempunyai kuasa luar biasa itu tidak sendiri menjadikan seseorang melakukan syirik atau kufur. Dalam karya fiksyen, memang wujud unsur sihir, objek ajaib, naga, jin, ahli sihir, dan sebagainya. Yang menentukan hukum terhadap penulis bukan semata-mata kewujudan unsur itu, tetapi apa yang diyakini dan dimaksudkan oleh penulis.
Jika tuan mengetahui dan meyakini bahawa Allah sahaja yang memiliki kuasa mutlak, tidak mempercayai bahawa buku atau makhluk itu benar-benar mempunyai kuasa ketuhanan dan ini hanya menulis cerita rekaan. Maka itu tidak secara automatik bermaksud dia telah melakukan syirik akbar yang mengeluarkannya daripada Islam.
Namun, jika kandungan itu termasuk unsur yang menghina agama, menisbahkan sifat ketuhanan kepada makhluk sebagai suatu kepercayaan yang diyakini, atau sengaja mempromosikan kekufuran sebagai kebenaran, maka hukumnya adalah syirik dan haram sama sekali. Adapun penulisan lucah adalah sama hukumnya kerana mempunyai unsur-unsur tidak baik, menaikkan syahwat, tidak mendatangkan manfaat kepada pembaca, perlu bertaubat dan perlu ditinggal segera.
Amat janggal, bila tuan sudah bertaubat dari dosa syirik tapi dalam masa yang sama masih menulis buku lucah. Sekiranya bertaubat, perlu laksanakan sebenar-benar taubat walau apa jua jenis dosa yang dilakukan. Konsep bertaubat adalah:
والله أعلم بالصواب
Sekian, terima kasih