BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum. Baru baru ni viral pasal kopi yang kilangnya menggunakan berus babi untuk mengendalikan dan pembersihan biji kopi. Saya salah seorang yang membeli kopi jenama tersebut. Saya ada satu thermos yang saya guna untuk kopi tersebut. Adakah saya perlu sertu thermos tersebut. ?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, perkara utama yang perlu difahami ialah sesuatu hukum tidak ditetapkan hanya berdasarkan syak, sangkaan atau dengar-dengar yang tidak pasti ketepatannya dan tidak disahkan oleh ahlinya. Kaedah fiqh menyebutkan bahawa hukum asal sesuatu benda adalah suci selagi tidak ada bukti yang jelas dan meyakinkan bahawa ia diperbuat daripada najis atau terdapat padanya najis seperti bulu babi. Perbuatan dan sangkaan tersebut hanya akan membawa kepada was-was dan menyusahkan diri sendiri. Umat Islam tidak dituntut untuk menyiasat asal setiap bulu atau berus yang digunakan kecuali jika benar-benar sudah diketahui dan diyakini ia daripada babi.

Sekiranya benar berus yang digunakan di kilang tersebut diperbuat daripada bulu babi, maka penggunaannya boleh menyebabkan kopi yang dihasilkan terkesan dengan najis, sekali gus menjadikan kopi tersebut dihukumkan sebagai najis. Begitu juga, termos yang digunakan untuk menyimpan atau menghidangkan kopi tersebut turut dihukumkan sebagai bernajis dan perlu disertu sebelum boleh digunakan semula.

 الله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 15

message user image