Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Adakah saya boleh mengizinkan permintaan isteri untuk pergi ke konsert Siti Nurhaliza bersama kawan-kawan nya?
Perkara ini disebab saya sendiri tidak pernah menghadiri ke konsert sepanjang 38 tahun kehidupan saya dan saya kurang pasti akan hukum membenarkan isteri menghadiri konsert.
Jawapan
Merujuk kepada persoalan yang diajukan, hukum menghadiri konsert bergantung kepada kandungan dan suasananya, bukan semata-mata siapa penyanyinya. Jika terdapat unsur yang diharamkan seperti percampuran bebas yang membawa fitnah, pendedahan aurat, hiburan yang melalaikan atau maksiat, maka menghadirinya adalah tidak harus.
Sebagai suami, saudara bertanggungjawab memimpin dan menjaga keluarga sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Tahrim ayat 6:
Maksudnya: Peliharalah diri kamu dan ahli keluarga kamu daripada api neraka.
Sehubungan itu, sebelum memberi keizinan, pertimbangkan suasana konsert, penjagaan aurat, keselamatan serta sama ada ia boleh membawa kepada fitnah atau melalaikan. Jika terdapat unsur-unsur yang bercanggah dengan syarak, maka sebaiknya tidak diizinkan.