BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Ibu saya mengatakan bahawa sunnah nabi untuk menanam pokok inai di kawasan rumah. Walaubagaimanapun saya gagal mencari sumber hadith yang menyatakan ianya sunnah. Mohon penjelasan bagi mengelakan penyebaran hadith palsu.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, setakat ini tiada hadith berkenaan sunnah menanam pokok inai di kawasan rumah. Tidak dianggap sunnah sesuatu perkara itu melainkan terdapat dalilnya. Hadith yang diriwayatkan daripada Aisyah radiallahu ‘anha, bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda: Maksudnya : “Sesiapa yang mengada-adakan (mereka-reka) perkara yang baru dalam urusan kami dan perkara tersebut bukan tergolong di dalamnya maka ia adalah tertolak”. (Riwayat Muslim) Adapun, berkenaan dengan inai ini, ia adalah tumbuhan yang Nabi nyatakan boleh digunakan untuk merubah warna rambut yang beruban. Sebagaimana hadith yang diriwayatkan daripada Abu Zarr bahawa Rasulullah SAW bersabda : إن أحسن ما غير به الشيب الحناء والكتم Maksudnya : “Sesungguhnya sebaik-baik bahan untuk merubah uban adalah tumbuhan inai dan katm (iaitu tumbuhan yang berwarna yang dicampur dengan daun untuk mewarna.)” (Riwayat at-Tirmizi) والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 85

message user image