BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum,

Saya dan keluarga tinggal di Timur Tengah. Pada Ramadan lepas saya dan isteri mula berpuasa menurut pihak berkuasa setempat dimana Ramadhan bermula lebih awal dari Malaysia.

Sewaktu berada di Malaysia dihujung Ramadhan, kami telah mencukupkan 30 hari berpuasa berdasarkan perkiraan Ramadhan yg bermula awal sehari di Timur Tengah, tetapi disebabkan Syawal di Malaysia lewat sehari dari Timur Tengah, saya dan isteri tidak lagi berpuasa pada hari ke 31.

Oleh kerana kami tidak berpuasa pada hari ke 31, saya telah bersetubuh dengan isteri pada waktu siang hari ke 31.

Saya ingin tahu apakah hukum perbuatan saya. Asakah saya perlu membayar kafarrah.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, menurut al-Khatib al-Syiribini katanya:

"Apabila tidak kelihatan anak bulan di satu negeri yang jauh, lalu dia bermusafir ke negeri yang belum kelihatan anak bulan Syawal dari negeri yang kelihatan anak bulan bagi sesiapa yang berpuasa di situ, maka pendapat yang paling sahih ialah dia wajib menyertai mereka, walaupun dia telah mencukupkan tiga puluh hari berpuasa. Hal ini kerana dengan perpindahannya ke negeri mereka (negeri yang belum kelihatan anak bulan Syawal), maka dia telah menjadi salah seorang daripada mereka, maka terpakai kepadanya hukum sepertimana hukum ke atas penduduk negeri tersebut". 

Justeru, walaupun tuan telah mencukupkan 30 hari berpuasa Ramadhan di Timur Tengah akan tetapi tuan masih diwajibkan berpuasa Ramdhan setibanya tuan sampai ke negara yang masih berpuasa Ramadhan lagi kerana tuan perlu mengambil hukum negara tersebut mengikut mazhab Syafi'i. Justeru, tuan perlu membayar kaffarah kerana tuan telah melakukan persetubuhan bersama isteri pada bulan Ramadhan.  

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 10

message user image