Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum tuan. Ada waris nak guna perkhidmatan saya untuk menanam rumput jepun di pusara mendiang ayahnya di salah sebuah kawasan perkuburan cina di Selangor. Pertanyaan saya berkaitan hukum orang islam diupah untuk selenggara pusara bukan islam. Pertanyaan ini perlu untuk saya ajukan agar sumber rezeki saya halal dan berkat. Terima kasih.
Jawapan
Merujuk kepada soalan yang diajukan, secara asasnya, hukum yang diharamkan bagi umat Islam adalah mengikuti dan menyambut segala upacara agama orang Islam yang berkait dengan akidah. Adapun dalam masalah muamalat iaitu pergaulan seharian bersama dengan orang bukan Islam adalah diharuskan.
Sekian, terima kasih.