Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Pisau sembelihan yang ada tertera kalimah Allah bolehkah diginakan untuk sembelihan?
Jawapan
Syarat-syarat alat penyembelih adalah :
1. Sesuatu yang boleh memotong dengan ketajamannya selain kuku, gigi dan semua jenis tulang.
2. Alat menyembelih bukan dari sesuatu yang berbisa dan beracun (kerana mungkin ia mati disebabkan bisa atau racun tersebut).
Merujuk kepada soalan yang dikemukakan, sekiranya syarat diatas telah cukup, maka dibenarkan untuk mengguna alat tersebut. Namun sebaiknya apabila alat yang mengandungi kalimah Allah ini hendaklah diletakkan ditempat yang sepatutnya bagi menjaga kesucian kalimah tersebut.
والله أعلم بالصواب
Sekian, terima kasih.