BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Saya ada pesan servis pembersihan tilam dan sofa kerana kedua-duanya terkena kencing kucing, kencing sudah kering namun bau dan warna nya masih ada, servis itu mengguna wet vacuum cleaner sebagai alat pembersihan, vacuum itu mampu menyembur air mutlak, dan air sabun, kemudian menyedut nya, proses pembersihan dimulakan dengan membasuh menggunakan sabun, disedut, dan di bilas menggunakan air mutlak, kemudian disedut lagi sekali, tapi saya was was dengan penggunaan corong penyedut yang sama, bagaimana jika ianya tak dibilas sebelum menyedut air basuhan suci, adakah najis berpindah.


message user image

Jawapan  

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, proses pembilasan menggunakan air mutlak yang dialirkan oleh wet vacuum cleaner tersebut adalah memadai. Oleh itu, tidak perlu dikhuatiri kemungkinan berlakunya perpindahan najis. Penggunaan corong penyedut yang sama juga tidak menjadi masalah sekiranya air mutlak dialirkan melaluinya sehingga kesan najis hilang, meskipun alat tersebut turut digunakan untuk menyedut air basuhan najis. Perlu difahami juga bahawa sesuatu benda tidak dihukumkan bernajis hanya berdasarkan keraguan, sebaliknya mestilah berdasarkan keyakinan atau kewujudan kesan najis yang jelas.

 الله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 13

message user image