BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum,saya nak tanya tentang solat boleh ke saya solat kadang kuat kan bacaan untuk menakut kan anak untuk duduk diam anak saya autisme kadang2 saya tak sembahyang kerana tak kusyuk saya akan sembahyang pada malam kerana menunggu suami saya balik dari kerja ,niat saya sembahyang semua qada betul ke cara saya.Mohon perjelasan.

 

 

 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

 

Berdasarkan soalan yang diajukan, menguatkan bacaan solat dengan niat menakutkan anak autisme adalah makruh tanzih (boleh buat tapi tidak digalakkan), tetapi solat puan tetap sah. Namun begitu, puan perlu berusaha mencari cara lain untuk menguruskan anak tanpa mengganggu kekhusyukan solat. Mengqada' solat yang tertinggal adalah wajib dan boleh dilakukan pada waktu malam dengan niat qada' semua solat yang terlepas. Tidak kusyuk bukanlah alasan untuk meninggalkan solat, sebaliknya ia adalah cabaran yang perlu diatasi dengan usaha dan doa.

 

 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 

 


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 5

message user image