BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Hukum memakai veneer gigi untuk mencantikkan .. bagaimana jika memakai ditakuti tidak terkena air pada gigi asal bila mandi wajib


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudara, memakai veneer gigi adalah harus, dengan syarat bukan bertujuan untuk kecantikan. Jika pemakai veneer gigi mandi wajib, mandinya adalah sah. Gigi tidaklah termasuk anggota zahir yang wajib diratakan air padanya ketika mandi wajib. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 227

message user image