BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum w.b.t.

Giliran haji mak saya insya-Allah tahun 2027. Tapi bila saya beritahu mak saya mengenainya, nampak sangat dia tak teruja. 

Bila saya tanya, "Mak nak tak pegi haji?"

Dia cakap, "Mak ni jenis terkucil, jadi takut jadi susah masa Haji nanti"

Saya cakap, "Ada solusi, semua makcik2 ada masalah sama, nanti akan ajar masa kursus Haji"

Kemudian dia tukar alasan, "Mak ni sakit lutut, susah nak ibadah"

Saya ya-kan saja, sebab tahu dalam seminggu, 2 kali dia sanggup jalan kaki lebih 1km pegi supermarket beli barang dapur -  walaupun dah cakap tunggu anak cuti time weekend, dia akan cakap "alaah, dekat je pun".

Salah ke kalau saya "paksa" dia pergi haji? Saya tunggu giliran Haji mak ni hampir 15 tahun.

Adakah saya kena respect terma "tak sampai seru lagi" ?

Saya dah tanya, "Mak takut ke pergi Haji? Ye la sebab time dulu suka baca Mastika dengan suratkhabar Perdana?", dia gelak sini, "ehh! manada takut"

So saya buntu, nak paksa atau nak let go ?


message user image

Jawapan  

والسلام عليکم ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين أما بعد

Menjawab persoalan tersebut, Allah berfirman:

{وَلِلَّهِ عَلَى النَّاسِ حِجُّ الْبَيْتِ مَنِ اسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيلًا} 

Maksud: “Dan menjadi kewajipan manusia kepada Allah untuk mengerjakan haji ke Baitullah bagi sesiapa yang mampu mengadakan perjalanan ke sana”. (Surah Ali ‘Imran: 97)

Berdasarkan apa yang diceritakan, ibu tuan/ puan dikira mampu untuk menunaikan haji. Adapun isu terkucil dan sakit lutut tersebut boleh diselesaikan dengan rukhsah yang boleh dipelajari kelak semasa kursus haji.

Seterusnya, sebagai anak tuan/ puan boleh terus menyampaikan nasihat dengan cara yang baik, lemah-lembut dan berhikmah kepada ibu supaya dapat membulatkan tekad untuk mengerjakan ibadah haji tanpa terlihat memaksa. Hakikatnya mereka tetap ibu dan ayah kita. Allah SWT berfirman:

{وَبِالْوالِدَيْنِ إِحْساناً} 

Maksud: “Dan dengan kedua-dua ibu bapa berbuat baiklah” (Surah Al-Baqarah: 83)

 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 1

message user image