Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Saya pernah bernikah kali kedua di satun thailand dan isteri kedua saya tinggal bersama ibu saya.permasalahannya semasa nak pergi nikah ke sartun thailand passport saya tidak dapat digunakan atas sebab tertentu dan pada masa itu isteri kedua saya tiada masalah jadi kawan saya di sartun bawa saya masuk tanpa passport dan bernikah dengan imam besar masjid daerah satun. Bekenaan pernikahan saya, semua keluarga saya tahu dan sambut dengan baik akan tetapi keluarga isteri kedua saya tidak tahu dan kami rahsiakan hingga ke hari ini sudah hampir 6 tahun. Pada mulanya saya ingin memberitahu akan tetapi ada beberapa perkara yang menyebabkan aib dan malu keluarga isteri kedua saya, saya rahsiakan sahaja. Pernikahan saya kali kedua ini kerana takut pada maksiat dan zina kerana dia tinggal bersama ibu saya dan menjaga ibu saya sebelum kami nikah lagi. soalan saya apakah yang harus saya lakukan demi menjaga maruah dan aib keluarga isteri kedua saya. hubungkan kami direstui oleh keluarganya dan mereka suruh kami bernikah sedangkan mereka tidak tahu kami telah bernikah di thailand. saya mohon pendapat dan nasihat YBhg Dato Mufti bagi permasalahan saya
Jawapan
Merujuk kepada persoalan yang dikemukakan, perkara yang harus tuan lakukan adalah, mendaftarkan penikahan kali kedua tuan di luar negara (Thailand) serta pendaftaran poligami di Pejabat Agama Islam Daerah yang berhampiran tempat tinggal bagi memastikan pernikahan tersebut adalah sah pada pandangan hukum syarak dan undang-undang. Perkahwinan ini sebaiknya tidak lagi dirahsiakan dan perlu dimaklumkan kepada ahli keluarga. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.