Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum ustaz/ustazah.
Saya ingin menanyakan satu soalan, saya Dan keluarga sering main game among us. Dalam game ni kita akan dipilih jadi sama ada imposter atau crewmate. Jadi game ni akan ada adegan tipu/fitnah untuk menyelamatkan diri dari pihak imposter. Saya cari hukum nak main game ni di internet, ada yang kata boleh ada yang kata Haram. Soalan saya adalah, adakah Haram main game ni? Walaupun ia hanya satu permainan di mana semua tahu akan ada orang yang menipu untuk menyelamatkan diri. Dan kalau Haram, adakah boleh main game ni kalau kita tidak menipu?
Jawapan
Permainan seperti Among Us pada asasnya termasuk dalam kategori hiburan (lagha) yang hukum asalnya harus, selagi tidak mengandungi perkara yang jelas haram atau membawa mudarat. Tentang unsur “menipu” dalam game itu, para ulama biasanya melihat kepada konteks dan niat:
Namun, ada beberapa syarat penting supaya ia kekal harus:
Sekiranya bermain sekadar santai bersama keluarga dan semua faham ia hanyalah permainan, pandangan yang mengharuskannya adalah kuat. Secara prinsipnya sebagaiamana kaedah fiqh:
Maksudnya: Asal bagi sesuatu perkara adalah harus sehinggalah datangnya dalil yang menunjukkan kepada keharaman (perkara tersebut).
Sekian, terima kasih