Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum Tuan/Puan
Saya ada dua soalan yang menjadi persoalan saya. Pertama, yang mana lebih afdhal, solat di surau atau di masjid. Surau dekat dengan rumahdalam 300 m, kalau masjid dalam 700m.
Soalan keduanya, sekiranya isteri ajak solat bersama di rumah adakah patut saya terima, kalau niat saya nak solat di masjid. Mana lebih afdhal , hari-hari solat mengimamkan isteri di rumah atau solat di masjid. Atau tunggu isteri datang bulan, baru solat berjemaah di masjid. Mohon pencerahan, sekadar persoalan walaupun saya belum berkahwin. Saja tertanya-tanya.
Jawapan
Merujuk kepada persoalan saudara, solat di masjid lebih afdhal daripada surau, dan solat berjemaah bersama isteri di rumah sah serta berpahala tetapi tidak mengatasi kelebihan solat berjemaah di masjid. Lelaki digalakkan istiqamah di masjid, namun jika ada keperluan keluarga, solat bersama isteri di rumah juga baik.
Sekian, terima kasih.