BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, saya ingin bertanya, bapa saya suka mendengar lagu-lagu yang memberi pencerahan ( memberi kesedaran), contohnya lagu "REGGAE RELIGI ISLAMI TERBARU 2026 | Aku Bukan Ahli Surga - Penyejuk Hati & Penenang Jiwa". Dari YouTube. 

 

Lagu ini adalah hasil buatan A. I, lagu ini memberi pencerahan dan membuat sesiapa sahaja yang mendengarnya akan merasa menyesal atas kelalaian mereka sewaktu hidup di dunia, sekaligus melahirkan rasa ingin perbaiki diri untuk menjadi lebih baik. Namun,lagu ini ada unsur seperti jeritan suara sehingga serak, istilah istilah yang disebut hampir tidak sempurna kerana alunan suara dan muzik yang mirip dengan rock berat. Malah, ada lagunya yang memasukkan ayat-ayat suci seperti zikir namun cara penyebutan nya tidak sempurna. Terkadang, saya sempat terkejut kerana ada beberapa lagunya yang mempunyai pembukaan  sama seperti pembukaan untuk konsert rock, menjerit-jerit sehingga ada suara background orang-orang (penonton) bersorak seolah-olah sedang menonton konsert. Lagu ini alunan muzik nya tidak bersesuaian dengan suaranya kerana suaranya yang menjerit - jerit serta serak sehingga pendengar yang mendengarkan lagu ini boleh sakit kepala. 

 

 

apa hukum dengar lagu ni dan adakah boleh kita dengar lagu ini? 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيدنا محمد، وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Mendengar lagu-lagu Islamik dan pengajaran nilai murni Islam adalah sangat baik. Walaupun begitu, Islam mestilah ditonjolkan dengan nilai-nilai yang bersesuaian dengan kemuliaan Islam. Oleh itu, sesuatu lagu yang Islamik mestilah tiada unsur-unsur melampau dan bertentangan dengan akhlak muslim. Lagu-lagu Islamik mestilah mengandungi mesej-mesej yang bertepatan dengan kefahaman Islam yang sahih. 

Bagi menjawab persoalan yang diajukan, sekiranya lagu yang didengari tersebut mempunyai mesej yang baik dan benar, tetapi ia tetap tidak mempamerkan nilai-nilai akhlak dengan menyerupai unsur-unsur budaya barat. Maka adalah tidak digalakkan untuk mendengar lagu tersebut.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 

                                                                                                                           


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 20

message user image