Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Salam, Adakah jatuh talak sekiranya suami bergurau 'Kita bercerai 2 minggu'
Jawapan
Merujuk kepada persoalan puan, gurauan suami : “Kita bercerai 2 minggu” adalah lafaz cerai yang soreh (jelas). Maka talak jatuh walaupun bergurau. Dan ia tidak hanya 2 minggu sahaja, melainkan dirujuk. Perkara berkaitan nikah, cerai dan rujuk tidak boleh dibuat main atau gurauan sebagaimana hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda : ثَلاَثٌ جِدُّهُنَّ جِدٌّ وَهَزْلُهُنَّ جِدٌّ النِّكَاحُ وَالطَّلاَقُ وَالرَّجْعَةُ Maksudnya: “Tiga perkara yang dilakukan secara bersungguh menjadi sah, dan secara gurauan juga akan menjadi sah; nikah, talak dan rujuk”. (Riwayat Abu Daud ) Sehubungan itu, puan dan suami hendaklah mengemukakan terus perkara ini ke Mahkamah Syariah yang berhampiran untuk pengesahan seterusnya didaftarkan dan tindakan yang sewajarnya. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.