Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
assalamualaikum..sy ingin bertanya..emak saya mempunyai 3 org adik beradik..dan kakak yg sulung telah meninggal dunia..ada tanah pusaka yg ada rumah emak dan rumah nenek dibahagi 2 di antara emak saya dan anak2 dari kakak sulungnya..ada bunyi2 dibelakang mengatakan yg tidak adil pembahagian tersebut dan sebagai emak sedara yang tidak mahu keluarga berpecah belah,emak saya mengatakan yg akan memberikan sedikit tanah lg(tanah dihadapan rumahnya) dgn syrat untuk dibuat rumah..semua perjanjian ini secara lisan..tetapi setelah 3,4 tahun mereka hendak menjual semua tanah yg dibahagikan termasuklah tanah utk dibuat rumah itu..tp tidak dipersetujui oleh emak..dan terjadi pergaduhan di antara semua pihak..adakah pembahagian ini valid dan apakah hukumnya jika emak menanam tanaman di tanah sebahagian yg diberikan itu?mohon pencerahan
Jawapan
Secara asasnya, Islam mengajar kita untuk membuat pembahagian harta pusaka berdasarkan faraid sebagaimana yang ditetapkan oleh syarak. Namun Islam tidak menghalang pembahagian harta pusaka berdasarkan persetujuan dengan syarat antaranya semua ahli waris bersetuju serta mengetahui bahagian yang sepatutnya mereka terima berdasarkan faraid.
Merujuk kepada soalan yang diajukan, sekiranya pembahagian yang telah dibuat telah mendapat persetujuan semua ahli waris serta telah melalui proses yang sepatutnya, maka pembahagian tersebut adalah sah mengikut hukum syarak. Jika masih terdapat perbalahan di dalam pembahagian harta tersebut, maka hendaklah di bawa kepada pihak yang berautoriti seperti Bahagian Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri mahupun pihak Mahkamah Syariah.
Seandainya ibu telah bersetuju untuk memberikan tapak tanah tersebut (tanah di hadapan rumah) kepada waris yang lain, maka tidak seharusnya untuk ibu menggunakan atau menanam sesuatu di situ tanpa keizinan atau persetujuan waris tersebut.
Sekian, terima kasih.