BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum Ustaz, saya ingin bertanya. Situasi saya begini, saya telah berhenti kerja dan mendapat tawaran kerja di tempat lain, kemudian saya mengambil baki gaji saya di syarikat lama. Apabila sudah mendapat gaji. Baki gaji saya hanya Rm 430 sahaja tetapi apabila isteri saya menanyakan berapa baki gaji yang saya dapat, saya menjawab mendapat Rm250 sahaja. Dan saya hanya memberi isteri saya RM 200. Lagi baki duit itu saya gunakan untuk kegunaan saya..Apakah hukum saya menipu isteri saya dan adakah baki gaji sebanyak Rm230 yang saya guna itu menjadi haram atas sebab saya menipu? Mohon penjelasan situasi saya ini ustaz


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, perbuatan menipu isteri adalah berdosa kerana tuan tidak bercakap benar dalam hal ini. Daripada Abu Bakar As-Shiddiq RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Maksudnya: "Tidak masuk ke dalam syurga orang yang menipu, orang bakhil dan orang yang suka mengungkit-ngungkit sedekahnya." (Riwayat al-Tirmizi) Bagaimanapun baki gaji saudara sebanyak RM 230 itu tidaklah menjadi haram kepada saudara untuk digunakan, kerana wang tersebut adalah wang saudara, daripada sumber yang halal hasil daripada baki gaji yang diterima. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 90

message user image