Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum ustaz/ustazah..
Isteri keguguran selepas Di sah kan blighted ovum/chemical pregnancy ( Tak ada janin Di lihat dalam gambar scan ), ikut saiz yg d ukur usia dalam 4-5 minggu.. Ukuran saiz terakhir scan lebih kurang 1cm+, sebelum ini dalam 3cm.. Saiz berkurang mungkin ikut darah yang Keluar.
Soalan saya =
1. Boleh terang kan cara untuk kubur blighted ovum ini sekiranya tinggal Di apartment Dan Tak ada tanah hak milik sendiri selain merujuk ke masjid?
2. Apa kah hukum sekiranya kita tlepas pandang Dan terflush/terbuang sebahagian dari kantung kandungan tersebut? Agak sukar membezakan kantung kandungan atau pun darah beku yang Keluar.
3. Boleh kah saya mengubur kantung Di tanah Kawasan umum seperti tanah hak milik kerajaan/negeri?
Maaf sekiranya soalan ini remeh atau pun agak janggal, sy kurang pengetahuan tentang ini. Terima kasih atas jawapan yang akan d beri. Assalamualaikum
Jawapan
Merujuk kepada persoalan saudara, Isu blighted ovum/chemical pregnancy ini memang sering menimbulkan persoalan tentang cara menguruskan tisu kandungan yang gugur. Blighted ovum pada usia 4–5 minggu biasanya belum terbentuk menjadi janin, ianya hanya kantung. Hukumnya sama seperti darah nifas atau gugur awal iaitu dianggap sebagai darah beku atau tisu, ianya bukan jasad bayi.
Bagi cara urusan yang terbaik:
Jika sebahagian kantung terbuang bersama darah ke dalam tandas tanpa disedari, tidak berdosa kerana ia bukan disengajakan. Hukumnya sama seperti darah haid atau nifas yang keluar iaitu tidak wajib diurus seperti jenazah.
Harus untuk menanam ia di kawasan umum selagi tidak menyalahi undang-undang atau peraturan-peraturan kecil dan tidak menimbulkan fitnah. Jika tidak ada pilihan tanah, boleh merujuk terus pegawai masjid berhampiran.
Sekian, terima kasih.