BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum,  saya ada kekeliruan sedikit mengenai aurat lelaki, di dalam solat aurat wajib ditutup dengan sempurna ialah dari semua bahagian kecuali pada bahagian bawah. Tetapi, saya ada persoalan,  apakah hukum jika saya memakai pakaian  yang pada bahagian kolar baju itu besar sedikitt dan saya merupakan seorang yang kurus dan semasa rukuk bahagian kolar tersebut bergerak dan boleh menampakkan bahgian dalam badan yang di mana saya pakai seluar panjang sampai paras bawah pusat shja.Ini kerana perkara tersebut mnyukarkan saya untuk mencari pakaian yang seperti jersey yang kolarnya ngam-ngam mentup pada bhagian kolar.

dan soalan kedua, saya selalu perasan ramai diantara kalangan muslimin termasuk saya, jika memakai baju teluk belanga dan tidak memakai baju lain pada bahagian dalam yang di mana pada kawasan butang tersebut mempunyai ruang yangboleh menampakkan bahagian dalam ketika rukuk atau berdiri . Adakah perkara ini dimaafkan dan pakaian baju teluk belanga itu sendiri sudah memadai untuk menutup aurat dengan sempurna?

soalan ketiga, aurat itu dimaafkan dari bahagian bawah adkah yang dimaksudkan ialah bahagian bawah bahagian paras aurat iaitu bawah kain pelikat sahaja atau dimaafkan aurat pada bahagian baawh baju sekali iaitu jika diandaikan seseorang melihat dari bahagian bawah terlihat aurat pada bahagian baju melayu atau sebagainya

Adakah perkara ini menjadi khilaf ulamak dalam mazhab syafie itu sendiri atau dalam kulangan ulamak lain. sebb imam bukhari menyatakan bahawa hadis ketika rasulullah SAW menegur sahabat untuk mengkancingkan butang walaupun dengan sebatang duri tersebut adalah tidak sahih dan bukan setiap suruhan nabi itu merupakan perintah yang wajib di amalkan.

 

Soalan seterusnya, adakah dibolehkan kita mengikut pandangan ulamak dari mazhab lain sedangkan kita bermazhab syafie dalam perkara ibadat hanya untuk pengamalan sendiri 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan,

Imam Ibn Hajar al-Haytami menyatakan bahawa pandangan muktamad mazhab al-Syafi’i mengenai aurat yang wajib ditutup di dalam solat adalah: 

يَجِبُ سَتْرُ أَعْلَاهُ أَيْ السَّاتِرِ أَوْ الْمُصَلِّي بِدَلِيلِ قَوْلِهِ عَوْرَتِهِ الْآتِي وَجَوَانِبِه لَا أَسْفَلِهِ لِعُسْرِهِ

Maksudnya: Wajib bagi orang yang solat itu menutup aurat yang boleh kelihatan daripada atasnya dan bahagian tepi (iaitu keliling bahagian tubuhnya) bukan dari arah bawahnya kerana ianya sukar.

Beliau juga menjelaskan kesukaran yang dimaksudkan adalah:

في عدم وجوب ستر الأسفل يؤخذ أنه لَوِ اتَّسَعَ الْكُمُّ فَأَرْسَلَهُ بِحَيْثُ تُرَى مِنْهُ عَوْرَتُهُ لَمْ يَصِحَّ إذْ لَا عُسْرَ فِي السَّتْرِ مِنْهُ وَأَيْضًا فَهَذِهِ رُؤْيَةٌ مِنْ الْجَانِبِ وَهِيَ تَضُرُّ مُطْلَقًا

Maksudnya: Pada keperluan untuk menutup bahagian bawah yakni yang difahamkan bahawa sekiranya lengan sesuatu baju itu luas dan dibiarkan sehingga menampakkan aurat daripadanya, maka ia tidak sah kerana tidak ada kesukaran untuk menutupnya. Begitu juga, aurat yang kelihatan tersebut merupakan aurat yang wajib ditutup dari arah tepi. Maka solat menjadi batal dan tidak sah.

Sebagai contoh:

Situasi A:
Seseorang memakai kain/pakaian yang menutup aurat dari hadapan dan sisi. Kemudian seseorang melihat dari bawah kain tersebut lalu nampak bahagian paha atau auratnya.

→ Menurut pendapat yang kuat dalam mazhab Syafi‘i, solatnya tetap sah.

Justeru, berikut adalah asas hukum dalam pandangan mazhab Syafi'i bahawa bahagian yang wajib ditutup adalah pada bahagian atas, sisi kiri dan kanan serta depan dan belakang. Mengikut situasi yang tuan ajukan sekiranya seseorang memakai baju yang boleh menampakkan aurat ketika solat seperti kolar yang terlalu besar sehingga menampakkan pusat dari bahagian atas baju maka solatnya boleh batal jika tidak ditutup segera. 

Perlu diperbetulkan sedikit kefahaman berkaitan hadis yang disebut dalam soalan.

Hadis tersebut adalah diriwayatkan dalam Sunan Abi Dawud daripada Mu‘awiyah bin Qurrah daripada bapanya yang menceritakan bahawa beliau datang bertemu Nabi SAW dan mendapati butang baju Baginda terbuka. Bahkan ‘Urwah meriwayatkan bahawa beliau melihat Mu‘awiyah dan anaknya membiarkan butang baju mereka terbuka pada musim panas dan musim sejuk. Hadis ini menunjukkan bahawa membuka butang atau bahagian leher bukan bukanlah suatu perbuatan yang diharamkan atau membatalkan solat, selagi aurat tetap terpelihara.

Pada asasnya, seseorang tidak perlu keluar daripada mazhab Syafi‘i kerana tiada keperluan yang mendesak untuk berpindah ke mazhab lain. Maka, tuan boleh terus beramal dengan mazhab Syafi‘i tanpa perlu mencari mazhab lain.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 40

message user image