Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum Mufti...
Saya mempunyai masalah ocd dan was was.Seterusnya fikiran negatif.
Soalan
Contoh situasi:SAYA TELAH BERKATA DIDALAM HATI IAITU JIKA SAYA LIHAT GAMBAR INI SAYA TIDAK AKAN MURTAD DAN BERHENTI TANPA BERKATA JIKA SAYA TIDAK LIHAT GAMBAR INI SAYA AKAN MURTAD.SETERUSNYA TIDAK MENGIKUTI KATA PERTAMA,ADAKAH SAYA BOLEH MURTAD WALAUPUN HANYA BERKATA JIKA SAYA LIHAT GAMBAR INI SAYA TIDAK AKAN MURTAD DAN TIDAK IKUT KATA ITU?.APAKAH HUKUM SITUASI TERSEBUT?APAKAH PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN?SAYA BERKATA/BERBUAT BEGITU KERANA UNTUK TUJUAN KEBAIKAN.ADAKAH CARA SAYA SALAH?
TERIMA KASIH.
Jawapan
Murtad berkaitan dengan perkara seperti keyakinan, ucapan atau perbuatan yang benar-benar mengandungi kekufuran, dengan mengambil kira niat dan keadaan. Tidak setiap ayat yang menyebut perkataan murtad menyebabkan orang itu murtad. Jika anda masih beriman kepada Allah dan Rasulullah SAW serta tidak berniat untuk keluar daripada Islam, jangan menganggap diri telah murtad hanya disebabkan situasi tersebut. Ini bertepatan dengan kaedah yang ditetapkan ulama
Maksudnya: “Sesiapa yang telah sabit keislamannya dengan keyakinan, maka dia tidak boleh dihukum keluar daripada Islam melainkan dengan keyakinan.”
Diingatkan juga tidak semudahnya untuk mengeluarkan kalimah seperti itu kerana ia boleh menjadi kebiasaan yang akan memudharatkan.Bagi menanganinya, tuan boleh:
Abu Hurairah r.a, Sabda Rasulullah SAW:
Maksudnya: Perbaharuilah iman kamu. Dikatakan: Wahai Rasulullah, bagaimana kami mahu memperbaharui keimanan kami? Baginda menjawab: Perbanyakkan mengucap La Ilaaha Illallah (Riwayat Imam Ahmad)
Yang paling penting, jangan menghukum diri sendiri sebagai murtad hanya berdasarkan keraguan atau permainan syarat dalam fikiran. Dalam isu takfir, hukum seseorang sebagai murtad bukan sesuatu yang boleh dibuat dengan mudah berdasarkan satu ungkapan yang samar. Sentiasa bertenang dan tidak mudah terikut-ikut dengan perasaan was-was yang menjadi mainan syaitan.
Sekian, terima kasih