BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Soalan: Hukum suami melihat video lucah semasa isteri sedang berpantang


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, melihat video lucah adalah haram hukumnya. Hukum melihat aurat orang lain adalah haram, maka lebih-lebih lagi melihat bahan-bahan yang mengandungi unsur lucah yang boleh membangkitkan syahwat. Oleh itu sama ada isteri dalam keadaan berpantang atau tidak hukumnya tetap haram dan berdosa. Allah SWT menegaskan di dalam al-Quran yang bermaksud : “Katakanlah kepada orang lelaki yang beriman supaya mereka menahan pandangan mereka dan memelihara kehormatan mereka (daripada perkara yang haram). Demikian itu lebih suci (lebih baik) bagi mereka.” (an-Nur : 30) والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 95

message user image