BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Soalan: Soalan Berkenaan Perniagaan: Saya reseller / jual semula satu produk yang saya dapatkan dari website China contoh: Alibaba. Harga dari website Alibaba rm20, saya jual semula di ebay/amazon dengan harga rm27. Proses membeli > pembeli order dari saya dengan harga rm27 melalui ebay, kemudian saya pon order/beli produk itu di website Alibaba dengan harga rm20 (guna modal saya), saya tak pegang stok, saya cuma iklankan/publish di ebay bila ada orang beli saya pon order dari Alibaba. Bila saya order dari alibaba, saya akan note ianya untuk dropship/ saya buat dropship, so mereka tahu saya jual semula produk tu. Jadi. Adakah halal untung saya dapat tu? Kalau tak bagitahu peniaga/supplier di alibaba saya dropship macam mana pula? Halal atau tidak?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudara, jual beli secara dropship atau pre-order dikenali sebagai belian tempahan atau “Bai al-Salam”. Status jual beli ini menjadi sah dengan cukupnya empat rukun Bai al –Salam; i. العاقدان : Pihak yang membuat urusan jual beli tersebut, iaitu penjual dan pembeli. ii. الصيغة : Iaitu ijab dan Kabul di antara kedua-dua pihak yang menunjukkan redha. iii. رأس المال. Modal atau harga. Ia adalah bayaran yang dibuat oleh pembeli sebagai mendahulukan bayaran kepada penjual. iv. المسلم فيه : Barang yang ditempah. Iaitu pihak pembeli dan penjual mengetahui berkaitan jenis barang yang dibeli secara khusus untuk tidak berlakunya penipuan. Wallahu ta’ala a’lam. Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 107

message user image