BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum. Saya ada satu situasi. Apabila saya dan keluarga pergi solat berjemaah dimasjid, saya sentiasa menyuruh anak lelaki saya yang berumur 4 tahun pergi duduk bersama isteri saya di bahagian muslimat kerana khuatir dia akan mengganggu konsentrasi saya dan jemaah lain ketika solat kerana saya sentiasa ingin berdiri di saf paling hadapan. Adakalanya, isteri saya terlepas solat sunat qabliyah kerana terpaksa menguruskan anak saya terlebih dahulu supaya duduk diam sebelum solat fardhu. Saya berasa bersalah kerana seperti mementingkan diri sendiri dan berasa tidak adil kepada isteri. Apakah hukumnya ustaz dan apa yang perlu saya ubah? Terima kasih ustaz.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudara, isu anak kecil dibawa ke masjid ketika solat berjamaah ada kaitan dengan pendidikan. Tidak dinafikan ada sudut hukum, tetapi tidak boleh dinafikan juga dari sudut pendidikan. Kita lihat masyarakat di Malaysia lebih mengutamakan pendekatan menghukum daripada pendekatan mendidik. Oleh kerana saudara lebih mengambil pendekatan mendidik; diri sendiri, isteri dan anak yang sedang dibesarkan, maka sebaiknya ambillah pendirian “menang-menang”. Maksudnya, tidaklah setiap kali ke masjid, isteri yang perlu menjaga anak. Lebih-lebih lagi anak lelaki yang sepatutnya berada mengikut urutan sof (baris) di belakang sof dewasa dan dihadapan sof perempuan. Solat berjamaah disyariatkan bagi menjana dua hubungan. Solatnya hubungan dengan Allah, berjamaahnya hubungan sesama manusia yang diistilahkan oleh Pak Hamka; “lepas solat diikuti dengan sillah” (hubungan sesama manusia). Ertinya, menjaga hubungan sesama manusia (bersilaturrahim) menjadi sebahagian daripada kesempurnaan solat. lebih-lebih lagi dalam kalangan keluarga, meliputi isteri dan anak-anak. Walau bagaimanapun, oleh kerana anak saudara baru berumur 4 tahun, belum mumayyiz. Saudara perlu pastikan keberadaan anak, tidak menjadi gangguan kekhusyukkan solat jamaah dan fadhilat kelebihan sof (barisan). Semoga usaha dan keprihatinan saudara dapat merubah situasi sedia ada. Seterusnya menjadi ikutan, sebagai pendekatan mendidik generasi ke masjid. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 135

message user image