BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, saya nak tanya tentang jual beli sbb saya mempunyai keraguan. Ada satu hari tercetusnya pergaduhan dalam group blok tentang ais, di mana penjual ais tu membalas soalan orang lain dengan agak kurang ajar, jadinya orang pun react dan membalas text tersebut, tetapi penjual tersebut tidak dapat menerima pandangan yang diberikan lalu memberitahu bahawa ia telah mengharamkan pembelian ais kepada sesiapa yang react atau membalas textnya di group walaupun mereka membayarnya. Persoalannya, adakah kami masih boleh membeli dan memakan ais tersebut atau tidak, kalau kami ada react dekat text tersebut? Adakah ia nya haram atau tidak ?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, perlu difahami bahawa antara syarat sah jual beli ialah wujudnya al-taradi iaitu keredaan kedua-dua pihak yang berakad (antara penjual dengan pembeli).  

Jika penjual menerima bayaran serta menyerahkan ais, maka ia telah menunjukkan persetujuannya terhadap transaksi tersebut. Ungkapan “saya haramkan” hanyalah luahan kemarahan dan tidak menjadikan jual beli atau ais itu haram. Dalam keadaan tersebut, jual beli adalah sah dan ais itu halal dimakan. Namun, jika penjual enggan menjualnya, pembeli tidak boleh memaksa atau mengambil ais tanpa izin kerana perbuatan tersebut termasuk mengambil harta orang lain tanpa hak.

Adapun reaksi dalam group whatsapp tidak menjadikan ais tersebut haram, sebaliknya dinilai dari sudut adab dan cara berkomunikasi. Jika penjual masih menerima bayaran dan menyerahkan ais, jual beli itu sah dan ais tersebut halal dimakan. Namun, jika penjual enggan menjualnya, jangan memaksa atau mengambilnya tanpa izin, sebaiknya beli daripada penjual lain atau lantik wakil bagi urusan jual beli.

 الله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 15

message user image