BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum, saya ada persoalan. 3-4 tahun yang lepas, saya ada memberi kucing makan di dalam mangkuk, tetapi ada sekali itu, anjing datang makan di mangkuk tersebut. Mangkuk tersebut kemudiannya dibiarkan terkena hujan dan panas. Disebabkan terlupa, sewaktu saya mengambil mangkuk tersebut kembali dan terus membasuh mangkuk tersebut dan mengelapnya. Kerana kejadian telah lama, saya tidak pasti apa yang perlu dilakukan, adakah perlu disertu pakaian-pakaian yang ada sekarang kerana pernah di basuh sekali dengan kain yang digunakan untuk lap tersebut? Akan tetapi, saya juga sudah lupa kain lap mana yang digunakan.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, tidak perlu disertu mangkuk tersebut kerana telah suci melalui proses hujan dan panas. Firman Allah SWT : وَيُنَزِّلُ عَلَيْكُم مِّنَ ٱلسَّمَآءِ مَآءً لِّيُطَهِّرَكُم بِهِ Maksudnya : “Dan Allah menurunkan kepadamu hujan dari langit untuk menyucikan kamu dengan hujan itu” (al-Anfal : 11) Manakala kain pengelap serta pakaian-pakaian lain juga tidak perlu disertu. Melainkan, jika puan masih belum tenang, maka hilangkan sehingga puan yakin sekadar yang mampu untuk lakukan sertu. Ini berdasarkan kepada hadis yang diriwayatkan daripada Hasan bin Ali RA cucu Rasulullah SAW, beliau berkata: دَعْ مَا يُرِيْبُكَ إِلىَ مَا لاَ يُرِيْبُكَ Maksudnya : “Tinggalkanlah apa yang meragukanmu kepada apa yang tidak meragukanmu” (Riwayat al-Tirmizi) والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 148

message user image