BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Saya nak tanya apa hukum sedekahkan baju yamg tidak menutup aurat.


message user image

Jawapan  

 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Pada asasnya, hukum bersedekah adalah harus dan dituntut oleh syarak. Dari segi penggunaan, hukum bergantung kepada si penerima pakaian tersebut sama ada memakainya di khalayak ramai atau hanya pakai di dalam rumah sahaja. Walau bagaimanapun, sekiranya diketahui bahawa penerima akan memakai pakai itu di khalayak ramai, maka hukum menghadiahkan baju tersebut kepadanya adalah dilarang.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

Ulasan:

 


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 13

message user image