BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Apakah hukumnya menjual haiwan hidup seperti rusa dan kijang kepada zoo sebagai makanan harimau dan  di samping itu, menghadiahkan babi hidup, juga sebagai makanan harimau. Babi berkenaan diberikan secara percuma tanpa apa-apa bayaran diterima kerana ia juga merupakan makanan semulajadi harimau.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيدنا محمد، وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد
 

Imam al-Nawawi dalam Minhaj al-Talibin menjelaskan bahawa antara syarat barang yang dibenarkan untuk dijual mestilah barang terebut bersih dan suci iaitu tidak bernajis seperti anjing dan khinzir. Selain itu, barang tersebut mestilah boleh dimanfaatkan.

Hukum menjual haiwan hidup seperti rusa dan kijang kepada zoo sebagai makanan harimau adalah dibolehkan. Ini kerana haiwan seperti rusa dan kijang pada situasi ini telah menjadi binatang ternakan dan ia tidak bernajis serta boleh dimakan (dimanfaatkan).

Manakala mengenai menyerahkan babi hidup (secara percuma) sebagai makanan harimau, ia dibolehkan. Ini kerana babi adalah haiwan yang diharamkan dalam Islam dan bernajis. Maka ia tidak boleh dijual beli namun boleh diserahkan secara percuma selagi mana bukan bertujuan maksiat.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 

 


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 15

message user image