BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum tuan,

Terdapat kawan saya yang mempunyai 5 resit untuk menyertai peraduan.Untuk menyertai peraduan itu,dikira 1 resit 1 nama. Namun, had penama untuk menyertai peraduan tersebut hanyalah 2 resit sahaja untuk nama yang sama. Melihatkan kejadian itu, resit itu dibahagi kepada 4 orang. 2 resit bagi pemilik resit, dan 3 resit yang lain dibahagi kepada 3 orang, bermaksud, seorang satu resit, dan idea ini daripada pemilik resit sendiri. Setelah menyerahkan resit itu kepada penganjur, hasilnya, bukan pemilik resit yang memenangi hadiah tersebut, bahkan salah seorang daripada 3 rakannya tadi. Hadiah yang dimenangi adalah basikal sekaligus meripakan hadiah utama. Soalan saya disini, siapakah pemilik mutlak bagi basikal tersebut?  Dan adakah mempunyai penyelesaian terbaik bagi menyelesaikan masalan ini? 

Harap tuan dapat menjawab soalan saya. Terima kasih. 

Assalamualaikum w.b.t.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاه والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى اله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan saudari, soalan ini menyentuh tentang hak milik hadiah peraduan apabila resit penyertaan diagihkan kepada beberapa orang. 

Setiap resit adalah bukti penyertaan. Peraturan menetapkan maksimum 2 resit atas nama seorang peserta. Pemilik asal mempunyai 5 resit, lalu diagihkan kepada 4 orang lain (2 resit atas nama sendiri, 3 resit atas nama rakannya). Maka, dari sudut peraturan, hadiah dimenangi oleh sesiapa yang namanya didaftarkan dan diumumkan sebagai pemenang.

Secara peraturan peraduan, hadiah adalah milik peserta yang namanya didaftarkan dan diumumkan sebagai pemenang, dalam kes ini, salah seorang rakannya. Namun secara moral dan amanah, resit asal datang daripada pemilik dan rakannya hanya meminjamkan nama untuk memenuhi syarat, maka hadiah itu secara hakikatnya kembali kepada pemilik asal. 

Kaedah penyelesaian terbaik adalah dengan duduk berbincang antara pemilik resit dan rakan-rakannya. Jika sejak awal sudah ada persetujuan bahawa hadiah akan diberikan kepada pemilik resit, maka wajib tunaikan janji. Jika tiada persetujuan, hadiah adalah hak pemenang rasmi. Namun, dari segi adab dan ihsan, pemenang boleh menyerahkan kepada pemilik asal kerana resit itu datang daripadanya.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 11

message user image