BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalammualaikum tuan/puan. Saya ingin bertanya bagaimana kah seorang anak angkat untuk berkahwin jika tiadi wali nasab? Saya dibesarkan oleh mak angkat dan mak angkat cakap saya tiada wali. Jika mahu berkahwin, harus guna wali hakim. Tetapi, mak angkat enggan memberi kerjasama untuk proses urusan wali kerana tidak mahu menerima pilihan saya sebagai menantu. Sudah beberapa kali perbincangan dilakukan, tetapi mak saya tetap memberi pelbagai alasan. Keluarga pihak lelaki juga sudah datang berbincang tetapi tetap tiada keputusan. Saya buntu bagaimana mahu selesaikan masalah wali saya


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudari, dalam proses bagi menggunakan wali hakim, perkara pertama yang perlu dilakukan adalah mencari dan mengenal pasti terlebih dahulu wali yang sebenar daripada pihak saudari. Sekiranya tiada, proses seterusnya adalah dengan merujuk terus kepada pihak Mahkamah Syariah untuk menggunakan wali hakim. Dalam proses ini tidak perlu mendapatkan pengesahan daripada keluarga angkat. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 73

message user image